Sabtu, 11 Ogos 2012

TEROMBA



TEROMBA
Teromba untuk Pertunangan

Cincin sebentuk menanya ibu bapa,
Cincin dua bentuk asa sekata,
Asa sekata, kata dibalikkan,
Tak asa sekata, cincin dibalikkan,
Asas sekata janji diikat,
Janji dibuat dimuliakan,
Dalam janji digaduhkan,
Sampai jani ditepati,
Helah si jantan luncur tanda,
Helah si betina ganda Tanya,
Sakit si jantan lari pada betina,
Sakit si betina lari pada jantan,
Cacat cinda berkembalikan,
Sawan gila luar janji. 
Ciri-ciri/bentuk

 bentuk
  1. Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
  2. Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  3. Rima akhir teromba adalah tidak tetap
  4. Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris, contoh:
Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas
e. Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
Contoh, R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk
  1. Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa
Contoh : Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Rangkap 5 Hidup dikandung adat, Mati dikandung bumi, Rangkap 5 Ciri dari segi isi : Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.

f. Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat
  1. Rangkap teromba :
    Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  2. Jumlah perkataan sebaris :
    Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris
    Contoh,
    Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
    Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas /
  3. Jumlah suku kata sebaris :
    Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
    Contoh,
    R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
    R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk
  4.  
Fungsi 
  1. Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk.Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan