Sabtu, 11 Ogos 2012

GURINDAM



Berkasih sayang adik oi
biarlah berpada
berkasih sayang adik oi
jagalah adat kita yang Melayu.

Berjiwa-jiwa adik oi
lagulah Inang,sayang
kalaulah rindu,adik sayang
panggil kanda dalam mimpimu.

Segak dan gagah,abang oi
dengan songket
songket tenunan daunnya nenas
ramping cemburu
adik nan sayang
berkebaya jarang tenunan Jawa
adat berkasih biarlah setia
bercinta resamnya kekal abadi.

Hidup mengasihi tak berkelahi
akhir membawa rindu dalam diri
rumahtangga kekal berseri-seri
bersama jua hingga ke mati.
Ciri-ciri bentuk Gurindam
a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap :  Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap.  Setiap baris dalam  rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya       untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai   “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.
c. Perkataan :  jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata :  julah sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap

Jenis-Jenis Gurindam
·         Gurindam serangkap 2 baris
·          Gurindam serangkap 4 baris
·         Gurindam bebas
·          
·         Fungsi Gurindam
·         gruindam berperanan sebagai alat yang berfungsi untuk mendidik khalayak orang ramai..
·         unsur-unsur pendidikan yang diketengahkannya ialah iman dan moral yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan