·
· CONTOH SELOKA
·
· Seloka Ingat Beringat
·
· Seloka Ingat Beringat
· Kalau hidup hendak diberkat
· Kalau hidup nak bersyafaat
· Mesti hati disiapkan sihat
· Agar jadi insan yang hebat
· Di sisi Allah kita dekat
· Namun kini sedih melihat
· Kerana kini melata maksiat
· Lelaki wanita terlupa aurat
· Ditunjuk lutut dan juga pusat
· Lantaran seluar dah jadi singkat
· Baju dipakai menjadi sendat
· Tudung disarung buat syarat
· Yang melihat nafas tersekat
· Ada juga yang mata bulat
· Duduk sebelah jaraknya rapat
· Tangan bertemu digenggam erat
· Konon biar rindu terubat
· Konon hati duka nak rawat
· Nak tersenyum pun rasa ketat
· Nak bertegur pun rasa meluat
· Nak berkawan, kawanlah secara sihat
· Seloka dicipta sekadar nasihat
· Bukan mengata bukan menyakat
· Apatah lagi kita nak umpat
· Kita cuma ajak bertaubat
· Selagi masa masih sempat
· Selagi tika belum terlewat
· Selagi nyawa masih lekat
· Selagi diri dikandung hayat
· Ini pesan buat sahabat
· Ini pesan orang beringat
· Hidup ini sangatlah singkat
· Masa terasa dah sangat cepat
· Kerana hari dah nak kiamat
· Jangan membazir waktu dan saat
· Berdakwahlah cara orang berkudrat
· Agar diri boleh memanfaat
· Kepada umat Islam sejagat
·
· PERANAN/FUNGSI
·
· memberitahu kita bahawa,sebagai umat islam
· kita hendaklah beringat-ingat selalu
· agar kita tidak melanggar larangan'NYA
·
·
· CIRI-CIRI/BENTUK
·
· a. Merupakan puis bebas atau tidak terikat
· b. Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
· c. Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
· d. Sukukata : jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
·
·
·
·
· HASIL CIPTAAN
·
· Huruf A, B, dan C
· Jambu atas batu
· Kenapa tidak kasi
· Sombong macam hantu
·
· Undang-undang papan
· Surat dalam buluh
· Tunang ada lapan
· Gundik tujuh puluh
·
· Jalan-jalan sepanjang jalan
· Singgah-menyinggah di pagar orang
· Pura-pura mencari ayam
· Ekor mata di anak orang
·
· Orang perempuan hendak bersegak
· Lalu diasah kulit awak
· Jerawat penuh muka berkerak
· Lihat cantik dilumur bedak
·
· Gigi bertatah dengan gewang
· Kelip kilau nampak berjahang
· Rumah buruk lantai jarang
· Kalau terperlus malu kat orang
·
· Asah gigi delima merkah
· Kilat cahaya bagai ditatah
· Kepala dogol kena belah
· Kain direndak kenapa tak basah?
·
· Terketak bagai udang ditangguk
· Terlompat-lompat tertepuk-tepuk
· Tiada sedar kaki cabuk
· Dihurung bebari habis merobok
·
· Cantik manis putih kuning
· Bagai tanduk bersending gading
· Salah pandang akal dirunding
· Perangai pula laksana anjing
·
· Tergesa-gesa balik ke kampung
· Pelanduk seekor tidak terkepung
· Encik bukan kera dan lontong
· Ranting yang buruk hendak bergantung
·
· Ada seekor burung belatuk
· Cari makan di kayu buruk
· Tuan umpama ayam pungguk
· Segan mencakar rajin mematuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan