Sabtu, 11 Ogos 2012

KERIS ITU MASIH DI TANGANMU

Ahmad Sarju


Maksud Sajak

Keris = perlambangan tentang kuasa, kemampuan, keupayaan, kelebihan, kekuatan dan sebagainya.

Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan kita sekarang perlu dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada waktunya  kuasa tidak patut digunakan dan kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak secara lembut dan bijaksana.

Rangkap 2
Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami hakikat kesusahannya. Pejuang tidak boleh kecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada sehingga memusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak.

Rangkap 3
Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh mengkhianati perjuangan. Rakan-rakan sekeliling ada yang jujur setia namun ada yang berpura-pura.

Rangkap 4
Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan kerana kita sudah berpengalaman dengan ranjau perjuangan. Malah para pejuang sudah mengenali rakan dan lawan. Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam perjuangan sebenarnya berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan oleh kekuatan musuh
 

1.Hidup perlu berjuang.
2. Mengalah bukan bererti kalah perjuangan.
3. Memahami realiti perjuangan.
4. Berhati-hati dengan sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan